“Panduan Mudah Untuk Blogger”
4 Jan
Selepas kita selesai memasang blog dengan menggunakan sistem WordPress, maka biasanya kita mahu menukar Theme yang digunakan kepada yang lebih baik dan sesuai.
Berikut adalah beberapa laman web yang menyediakan theme-theme percuma sama ada dikeluarkan sendiri oleh mereka ataupun hanya senarai (sumber).
http://wordpressthemesbase.com
http://www.amazingwordpressthemes.com
WordPress Theme Percuma oleh BloggingSteps.com
*Senarai di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Tip: Salah satu kekurangan Theme percuma adalah kita tidak boleh membuang sumber asal Theme yang diletak di bahagian Footer. Jika mahu, kita boleh buang iaitu dengan menghubungi pihak pengeluar Theme dan tanya mereka berapa kos yang perlu kita bayar untuk membuang ‘footer link’ tersebut.
Premium Themes: Jika mahu yang berbayar, iaitu Premium Themes, anda boleh lihat senarai laman web yang menjualnya di sini:
http://wordpress.org/extend/themes/commercial
Dengan yang berbayar, kita boleh gunakan semaksima mungkin tanpa sebarang halangan seperti membuang footer link. Berikut adalah beberapa pihak yang menjual WordPress Themes.
2. Theme Forest
-
[FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.
8 May
Klik link berikut untuk download WordPress Theme secara percuma:
Klik di sini untuk download WordPress theme percuma.
Gunakan untuk blog anda mengikut kesesuaian. Ada enam design yang warnanya berbeza.
Syarat Penggunaan:
1. Boleh digunakan untuk anda.
2. Boleh diberikan kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang ada blog WordPress sendiri.
3. Boleh diedarkan (distribute) dengan apa jua kaedah (jual, jadikan bonus, dan apa saja cara).
Semoga bermanfaat.
28 Aug
Sebagai nota terkini, versi 2.3 Beta bagi WordPress telah pun dikeluarkan sejam yang lalu sepertimana yang dirancangkan oleh Team WordPress.
Anda boleh mencuba sistem versi Beta ini jika anda tahu apa yang anda lakukan. Maksudnya, mungkin masih ada Error, kekurangan dan sebagainya kerana ia belum lagi mencapai versi “Release”.
Berita selanjutnya, anda boleh melawat di laman web WordPress:
http://wordpress.org/development/2007/08/23-beta-1/
PS. Blog ini telah saya gunakan untuk “pandu uji” versi beta 2.3 tersebut.
Versi 2.3 kali ini, ia lebih hebat!
28 Aug
Kepada para blogger yang menggunakan sistem WordPress.
Sistem WordPress versi 2.3 dijangka akan dilancarkan (release) pada 24 September 2007 ini.
Untuk versi beta bagi 2.3, ia dikatakan akan dilancarkan pada 27 Ogos ini.
Anda boleh merujuk berita mengenai hal ini di sini:
http://boren.nu/archives/2007/08/24/wordpress-23-release-timeline/