Projek 7 Blogger LIVE!

Apa khabar para pembaca semua?

Akhirnya, projek yang telah saya usahakan dalam hampir dua bulan (actually tak time sebulan sahaja untuk siapkan all materials), telah siap dan anda boleh mendowload beberapa item PERCUMA seperti ebook dan juga video.

Untuk maklumat lanjut, lawati blog smartusaha.com di sini.

Atau, untuk terus ke laman web download, sila klik salah satu link di bawah:

URL web 1: http://smartusaha.com/7blogger

Jika laman web melalui link di atas tidak dapat dibuka atau slow (perlahan loadingnya), gunakan link alternatif berikut:

URL alternatif: http://malaysiasoho.com/7blogger

Harap maklum.

yang ikhlas,

SmartZuL

WordPress Versi 2.1.3 dan 2.0.10

Untuk makluman semua, wordpress versi terkini iaitu 2.1.3 untuk siri 2.1, dan versi 2.0.10 untuk siri 2.0 telah dikeluarkan beberapa jam yang lalu.

Anda boleh merujuk maklumat berkaitan di sini: WordPress 2.1.3 (click here)

Untuk download WordPress versi 2.1.3, sila ke http://wordpress.org/download

Nota: Jika anda menggunakan Fantastico untuk blog anda, proses update ke versi yang lebih terkini boleh dilakukan menggunakan Fantastico.

Bagaimana Melajukan Akses ke Blog?

Salah satu perkara yang amat penting dalam pembinaan laman web atau blog adalah kelajuan semasa mengaksesnya. Jika kita sahaja yang mengakses, soal kelajuan adalah satu pilihan, bukan satu kemestian yang penting. Namun, jika blog kita diakses oleh ribuan pelawat sehari katakan, maka soal kelajuan adalah satu aspek yang AMAT KRITIKAL. Kepada semua blogger, pastikan blog anda dapat diakses dengan cepat oleh para pelawat blog anda. Jika tidak, mereka akan meninggalkan blog anda begitu sahaja selamanya jika mereka adalah pelawat kali pertama.

Di tulisan ini, saya akan kongsikan satu tip sahaja dahulu. Kebanyakan blogger terutama yang menggunakan WordPress, mereka sangat suka menggunakan pelbagai jenis Plugins. :) Plugin adalah umpama aksesori tambahan untuk menambahkan sesuatu fungsi yang tiada pada versi asas sistem WordPress.

Continue reading  

Versi KemasKini KitBlogger 1

m4s0n501

Apa khabar semua?

Saya kini dalam proses mengemaskini pakej kit blogger 1 agar lebih bertambah nilainya, termasuk mengemaskini struktur ebook, ayat, ejaan, susunan dan lain-lain. Terima kasih kepada pembeli-pembeli yang telah memberikan pandangan dan idea.

Saya janji, pakej kit blogger ini pasti dapat membantu anda membina blog wordpress sendiri. Memiliki blog di blog percuma tidak sama perasaannya memiliki blog sendiri yang dipasang di server. Jauh bezanya.. ;)

Dengan blog sendiri, anda boleh tambah apa sahaja yang anda mahu dengan 1001 plugins yang bervariasi fungsinya. Tidak seperti blog-blog percuma, fungsinya terhad dan anda tertakluk dengan terma dan syarat pihak blog tersebut seperti blogger.com adalah milik google.com. Bermaksud, anda tiada simpanan data untuk apa yang anda taip di blog host percuma itu. Apa yang terjadi jika blog anda disuspend? Anda tidak boleh melakukan apa-apa melainkan hanya mampu merayu kepada mereka agar blog anda kembali ‘wujud’.

Adalah satu kemestian jika anda melakukan perniagaan internet, mempunyai blog yang dipasang sendiri di server (hosting) amat digalakkan, bahkan jika saya, saya akan mewajibkannya. Dari segi logik, laman web perniagaan anda menggunakan domain dot com, tetapi blog anda memakai servis percuma seperti nama.blogspot.com. Ia sudah jauh lari dengan nama domain dot com anda dan reputasi anda mungkin diragui. :)

Apapun, saya sudah hampir setahun lebih menggunakan blog wordpress dan ia merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan berbanding mengguna blog percuma.

Terserah kepada anda, kerana keputusan adalah hak milik anda.

Jumpa lagi.

PS. Pastikan anda mendapat pakej ebook ini kelak ok. ;)

http://bloggingsteps.com/kit

NOTA: Pelajari membina perniagaan internet sendiri di bengkel sehari 27/1/07 ini! Klik di sini.