“Panduan Mudah Untuk Blogger”
4 Sep
Kepada anda yang sudah mencuba Wordpress versi 2.3 Beta 1, hari ini telah dikeluarkan versi 2.3 Beta 2. Anda hanya digalakkan untuk mencuba sahaja dan JANGAN sesekali gunakan versi ini untuk blog sebenar anda.
Untuk makluman, setiap hari Isnin (hari Selasa di sini), Team Wordpress akan keluarkan siri Beta 1, 2, 3 dan seterusnya sehinggalah sebelum tiba 24 September ini.
Mungkin satu ilmu bagi anda, mereka melakukan sebegitu agar semua pengguna Wordpress yang menguji versi Beta boleh memberikan pandangan sebelum versi Release dikeluarkan.
Inilah sistem Open Source, komunitinya adalah dari seluruh dunia, bekerjasama.
Maklumat lanjut, sila ke sini:
http://wordpress.org/development/2007/09/wordpress-23-beta-2/
ps. Tak sabar menunggu versi 2.3. ![]()
28 Aug
Sebagai nota terkini, versi 2.3 Beta bagi Wordpress telah pun dikeluarkan sejam yang lalu sepertimana yang dirancangkan oleh Team Wordpress.
Anda boleh mencuba sistem versi Beta ini jika anda tahu apa yang anda lakukan. Maksudnya, mungkin masih ada Error, kekurangan dan sebagainya kerana ia belum lagi mencapai versi “Release”.
Berita selanjutnya, anda boleh melawat di laman web Wordpress:
http://wordpress.org/development/2007/08/23-beta-1/
PS. Blog ini telah saya gunakan untuk “pandu uji” versi beta 2.3 tersebut.
Versi 2.3 kali ini, ia lebih hebat!
28 Aug
Kepada para blogger yang menggunakan sistem Wordpress.
Sistem Wordpress versi 2.3 dijangka akan dilancarkan (release) pada 24 September 2007 ini.
Untuk versi beta bagi 2.3, ia dikatakan akan dilancarkan pada 27 Ogos ini.
Anda boleh merujuk berita mengenai hal ini di sini:
http://boren.nu/archives/2007/08/24/wordpress-23-release-timeline/