“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Sebelum ini saya pernah menulis mengenai buat duit dengan pelbagai cara melalui blog. Antaranya Google Adsense, Bidvertiser dan juga menjual produk.
Ada lagi cara yang lain untuk buat duit dan salah satunya ialah Nuffnang. Mungkin anda baru mendengarnya atau mungkin anda sudah mengetahuinya.
Nuffnang adalah sebuah program buat duit yang sama sahaja seperti program yang lain iaitu berlandaskan kepada konsep Pay Per Click atau pengiklanan. Dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah meletakkan iklan di blog anda. Jika iklan itu diklik oleh ramai pelawat, maka pendapatan juga semakin tinggi.
Sudah ramai yang buat duit dengan Nuffnang ini. Saya dulu ada buat juga tapi sekejap sahaja semasa Nuffnang mula-mula dilancarkan. Akibat program Nuffnang ini banyak masalah di awalnya, maka saya berhenti.
TAPI sekarang sudah jauh bezanya. Program Nuffnang sudah semakin maju dan mendapat sambutan daripada pihak pengiklan seperti McDonald, DiGi dan pelbagai syarikat besar yang lain.
Bagaimana Melakukannya?
Tiada rahsia dan tiada trik. Anda hanya perlu letakkan kod iklan pada template blog anda sahaja. Tidak perlu saya menulis panjang mengenai Nuffnang di sini. Anda boleh download ebook percuma yang disediakan oleh saudara Noorizam Shah.
Klik ke blog NoorizamShah untuk download Panduan Nuffnang.
Daftar program Nuffnang di: http://www.nuffnang.com.my
14 Responses for "Buat Duit Dengan Nuffnang"
Nuffnang also offer blogger to serve CPM Campaign ads
“Sudah ramai yang buat duit dengan Nuffnang ini. Saya dulu ada buat juga tapi sekejap sahaja semasa Nuffnang mula-mula dilancarkan. Akibat program Nuffnang ini banyak masalah di awalnya, maka saya berhenti.
TAPI sekarang sudah jauh bezanya. Program Nuffnang sudah semakin maju dan mendapat sambutan daripada pihak pengiklan seperti McDonald, DiGi dan pelbagai syarikat besar yang lain.”
kalo gitu maknanya cerita2 yang tak best tu cerita lama ke?
kononnya susah nak dapat payment la…
itu la ini la…
sayapun ada jg cuba dengan nuffnag..baru jer mula ada la dapat dalam Rm100 lbh lepas dah bayar bil celcom internet broadband..
hehe saya tak berkesempatan lagi. Tengah bikin blog.
Wah..banyak rupanya program PPC ni..kena try la..
nuffnang steady skrg, ramai dah dapat cek.
tip pun makin ramai yg bagi secara percuma je.. macam ni le kongsi2 kan..
win win situation kata org.
jom pakat naikkan income nuffnang!
Saya dah pasang nuffnang hampir 3 tahun tapi belum mencapai apa-apa lagi. Mungkin salah pasang kot
ak bru nk mula ni…skunk ngah cuba. help me plis…!!!
aku baru nak mula dengan nuffnag nie , masih kabur lagi neh harap bro dapat membantu supaya sama sama mendapat faedah daripadanya
best ke buat duit dengan nuff? bape lama boleh kaya?
blog ape yer yang bagus untk jana income dgn nufnang ni?skit x per janji ada rezeki dan bleh guna cara baik.
saya da letak iklan nuffnang tu, tapi masalah saya, ada ke org lalu blog saya nie..huhu..sbb cam tak de je yg tekan nuffnag tu..alamak..susahnye
sy pun da letak dekat sebulan xdpt duit pon. visitor da ramai. update citer selalu je. ermm xde rezki kan.
sya pn bru nk cuba .. masih belajar. hope sucess
Leave a reply