“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Anda mencari Pakej Kit Blogger secara percuma? Ingin mendapatkan Kit Blogger secara HARAM?
Saya dapati, ada mereka yang mahu mendapatkan Pakej Kit Blogger secara percuma.
Ketahuilah, jika anda mendapatkan produk ini tanpa jalan yang sah, anda telah melakukan satu perkara yang haram iaitu mencuri hak orang lain.
Belilah jika anda mahu. Jika orang lain boleh membelinya, mengapa tidak anda? Tiada wang? Itu bukan alasan. Berusahalah… Kalau tidak mampu untuk membeli, mencuri bukan satu jalan yang bijak dan halal.
Pastikan hati kita sentiasa bersih daripada karat-karat dosa.
Wassalam.