Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Ramai yang menyangka bahawa, blog memerlukan kita menulis dan menulis. Tetapi hakikatnya, tidak semestinya perlu menulis. Sebuah blog, boleh dimasukkan kandungan sama ada secara bertulis, audio, video ataupun gambar (imej, foto, lukisan…).

Berikut adalah dua contoh blog yang menggunakan imej sahaja tanpa begitu banyak menulis:

1. http://www.icanhascheezburger.com

Blog ini meletakkan gambar-gambar (foto) kucing yang lucu. Cuba lihat, tidak banyak bahkan tidak ada pun ayat-ayat yang panjang bukan? Tetapi, pemilik blog ini telah berjaya menjana pendapatan hanya melalui blog ini sekitar lebih 4 angka USD sebulan.

2. http://www.blaugh.com

Blog kedua ini pula memaparkan komik yang melucukan yang boleh ‘diambil’ oleh sesiapa sahaja dan meletakkannya di blog atau laman web mereka. Pemilik blaugh.com ini juga menjana pendapatan melalui pengiklanan.

Kesimpulannya, blog bukan hanya perlu menulis, tetapi anda boleh meletak imej, foto, lukisan, audio dan video. Jadi, jelaslah bahawa blog ini bukanlah hanya untuk mereka yang tahu menulis sahaja, sebaliknya ia adalah untuk sesiapa sahaja.

Cuma sahaja syaratnya, anda mesti ada idea.

Jika anda mahu memiliki blog dot com sendiri, dapatkan Ebook panduan Asas Wordpress di laman web berikut:

http://www.bloggingsteps.com

Jumpa lagi.

Panduan Asas Wordpress

Apa khabar para pembaca semua.

Pada kali ini saya tiada apa-apa tip atau panduan yang akan dikongsikan. Cuma pada kali ini saya mahu menyatakan, apakah yang ada di dalam produk Pakej Kit Blogger.

panduan asas wordpress

Secara mudahnya, Pakej Kit Blogger mempunyai item yang utama iaitu Panduan Wordpress yang menerangkan langkah demi langkah bagaimana memasang blog Wordpress anda sendiri di Hosting dan domain anda sendiri.

panduan blog

Walaupun pada asasnya proses pemasangan ini amat mudah jika sekali tengok, namun tanpa panduan langkah demi langkah dan bergambar, proses ini amat rumit juga sebenarnya.

Di sinilah hadirnya Panduan Asas Wordpress ini yang dikenali juga sebagai Kit Blogger yang boleh membantu sesiapa sahaja yang mahu membina blog mereka secara sendiri tanpa perlu mengupah orang lain.

Mengapa dipanggil Pakej Kit Blogger?

Ia dipanggil pakej kerana selain ebook panduan pemasangan Wordpress, ada beberapa item lagi yang disertakan bersama seperti Pelan Tindakan dan juga Ebook-Ebook panduan yang lain. Melalui Pelan Tindakan, para pembaca akan tahu apa yang perlu dilakukan dahulu dan apa yang patut dikemudiankan.

Jika anda tidak mempunyai asas yang banyak mengenai blog Wordpress, maka panduan ini adalah yang terbaik buat masa sekarang terutama di pasaran Malaysia. Sudah ramai memiliki panduan ini darilah pelajar sekolah sehingga yang dewasa.

Untuk mendapatkan panduan ini, sila ke laman web berikut:

http://www.bloggingsteps.com/kit

  • 0 Comments
  • Filed under: Blogging Tips
  • Apa khabar semua.

    Sudah lama saya tidak update blog ini kerana saya fokus kepada projek Ebook terbaru saya. Alhamdulillah, projek tersebut telah pun dilancar pada 15/11/2007 lepas. Projek tersebut ialah Ebook Panduan Mudah FTP:

    panduan ftp

    http://www.ftpcaramudah.com

    Semalam pula, dalam lebih kurang 4 jam, saya telah berjaya menyiapkan sebuah blog khas untuk produk tersebut. Anda boleh melawatnya di sini:

    http://www.ftpcaramudah.com/blog

    Jika anda menguasai Wordpress, anda boleh membina blog dalam masa yang tidak lama pun. Yang penting, anda tahu apakah tujuan dan matlamat blog tersebut dibina.

    Contohnya, blog yang baru saya bina semalam adalah khusus untuk produk tersebut, meletak testimoni pembeli dan saya akan menulis tips mengenai Internet, FTP, Hosting dan lain-lain lagi. Blog tersebut juga saya akan jadikan sebagai tempat rujukan para pembeli Ebook Panduan Mudah FTP.

    Anda pula bagaimana? Milikilah blog sendiri untuk perniagaan Internet anda.

    Jumpa lagi.

    Anda mencari Pakej Kit Blogger secara percuma? Ingin mendapatkan Kit Blogger secara HARAM?

    Saya dapati, ada mereka yang mahu mendapatkan Pakej Kit Blogger secara percuma.

    Ketahuilah, jika anda mendapatkan produk ini tanpa jalan yang sah, anda telah melakukan satu perkara yang haram iaitu mencuri hak orang lain.

    Belilah jika anda mahu. Jika orang lain boleh membelinya, mengapa tidak anda? Tiada wang? Itu bukan alasan. Berusahalah… Kalau tidak mampu untuk membeli, mencuri bukan satu jalan yang bijak dan halal.

    Pastikan hati kita sentiasa bersih daripada karat-karat dosa.

    Wassalam.