Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

blogging

*Dapatkan panduan membina blog di:

>> http://www.bloggingsteps.com/kit

  • 3 Comments
  • Filed under: lawak jenaka
  • Saya ada menulis satu ‘review’ ringkas mengenai widget terbaru oleh MyBlogLog.

    Sila klik di sini untuk membaca tulisan saya tersebut.

    -SmartZul

    ps. Bagi anda yang ingin mempelajari mengenai Cpanel, anda boleh mendapatkan rujukan berkaitan di www.Cpanel101.com.

  • 0 Comments
  • Filed under: Blogging Tips
  • Faktor Blog Kekal Lama

    Dari hari ke hari, begitu ramai yang membina blog tetapi ramai juga yang akhirnya akan meninggalkan blog mereka begitu sahaja. Mengapa ini berlaku?

    Salah satu faktornya ialah: TIDAK MENETAPKAN MATLAMAT

    Jika anda hanya membina blog dan kemudian menulis apa sahaja yang mahu anda tulis, biasanya anda susah untuk kekal lama di dalam arena blogging. Blog amat berbeza dengan laman web statik kerana blog memerlukan anda menulis atau memasukkan apa-apa kandungan secara konsisten.

    Blog pada asalnya dipanggil juga sebagai jurnal atau diari. Anda tahu apa itu diari. Jadi, sebuah diari sudah semestinya ditulis atau diisi dengan sesuatu dari satu masa ke masa sama ada setiap hari, 3 hari seminggu, seminggu sekali atau dua kali sebulan. Terserah kepada anda apa kekerapannya, cuma syaratnya mesti konsisten.

    Namun untuk memiliki kekonsistenan itu, anda perlulah mempunyai matlamat untuk blog anda. Anda perlu menetapkan apa matlamat blog yang anda bina itu untuk jangka masa panjang dan bukan hanya main buat (hentam kromo) sahaja.

    Contoh Matlamat

    Blog saya iaitu SmartUsaha.com mempunyai matlamat tersendiri iaitu digunakan untuk mempromosikan diri saya, perniagaan dan juga produk-produk saya. Jadi, tiada alasan untuk saya meninggalkan blog itu kerana itulah salah satu cara utama bagaimana saya boleh meyakinkan orang ramai.

    Berbeza jika saya tiada matlamat untuk blog tersebut, nescaya saya akan berhenti dari dahulu lagi dan akhirnya mungkin nama saya tidak dikenali ramai..

    Persoalan di sini bagi anda yang mempunyai blog, apakah matlamat blog anda?

    Jika tiada atau tidak dapat menjawab soalan itu, cepat-cepatlah senaraikan objektif dan tetapkan matlamat blog anda sebelum ia mati tidak berkubur. Jangan menangguh, lakukanya sekarang.

    Jumpa lagi.

    ps. Ingin buat duit dengan blog dan produk informasi digital? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

    Salah satu masalah kepada mereka yang baru ingin membina blog adalah, bahasa apa yang perlu digunakan?

    Jawapan kepada persoalan ini ialah, apakah tujuan blog tersebut diwujudkan? Apakah atau siapakah sasaran blog tersebut? Pasaran tempatan? Antarabangsa?

    Jika pasaran tempatan, maka bahasa Melayu mungkin satu pilihan yang sesuai, namun jika blog anda itu mensasarkan kepada global, maka sudah pasti bahasa inggeris amat sesuai digunakan.

    Untuk persoalan ini, saya telah menulis satu artikel di blog SmartUsaha.com.

    Sila klik di sini untuk membaca artikel tersebut.

    Semoga bermanfaat.