“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Kepada pembeli Pakej Kit Blogger, saya ada menyatakan trik dan teknik bagaimana untuk memastikan blog yang baru dibina diindeks oleh Google atau enjin carian dalam masa yang singkat di dalam panduan asas WordPress.
Jika blog anda adalah mengkhusus kepada ‘market’ Malaysia, anda boleh menggunakan khidmat MalaysiaStory.net untuk tujuan yang saya nyatakan di atas. Namun, jika anda sudah mempunyai blog dan sudah pun tersenarai di dalam enjin carian, anda juga sesuai menggunakan MalaysiaStory.net tersebut untuk tujuan mendapatkan trafik (pelawat).
Laman web itu berfungsi lebih kurang sama seperti laman web digg.com, tetapi MalaysiaStory.net lebih mengkhusus kepada blogger-blogger Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Social Bookmarking dengan menggunakan MalaysiaStory.net ini, anda boleh mendownload ebook percuma berikut:
Ebook tersebut disediakan oleh pemilik MalaysiaStory.net iaitu Sham yang mana beliau adalah penulis kepada Ebook Panduan RajaAdsense.
Semoga bermanfaat.
ps. Mahukah anda menjana pendapatan di Internet melalui Blog WordPress dan juga produk digital? Jika ya, sila klik di sini.
Ramai yang menyangka bahawa, blog memerlukan kita menulis dan menulis. Tetapi hakikatnya, tidak semestinya perlu menulis. Sebuah blog, boleh dimasukkan kandungan sama ada secara bertulis, audio, video ataupun gambar (imej, foto, lukisan…).
Berikut adalah dua contoh blog yang menggunakan imej sahaja tanpa begitu banyak menulis:
1. http://www.icanhascheezburger.com
Blog ini meletakkan gambar-gambar (foto) kucing yang lucu. Cuba lihat, tidak banyak bahkan tidak ada pun ayat-ayat yang panjang bukan? Tetapi, pemilik blog ini telah berjaya menjana pendapatan hanya melalui blog ini sekitar lebih 4 angka USD sebulan.
Blog kedua ini pula memaparkan komik yang melucukan yang boleh ‘diambil’ oleh sesiapa sahaja dan meletakkannya di blog atau laman web mereka. Pemilik blaugh.com ini juga menjana pendapatan melalui pengiklanan.
Kesimpulannya, blog bukan hanya perlu menulis, tetapi anda boleh meletak imej, foto, lukisan, audio dan video. Jadi, jelaslah bahawa blog ini bukanlah hanya untuk mereka yang tahu menulis sahaja, sebaliknya ia adalah untuk sesiapa sahaja.
Cuma sahaja syaratnya, anda mesti ada idea.
Jika anda mahu memiliki blog dot com sendiri, dapatkan Ebook panduan Asas WordPress di laman web berikut:
Jumpa lagi.
Apa khabar para pembaca semua.
Pada kali ini saya tiada apa-apa tip atau panduan yang akan dikongsikan. Cuma pada kali ini saya mahu menyatakan, apakah yang ada di dalam produk Pakej Kit Blogger.

Secara mudahnya, Pakej Kit Blogger mempunyai item yang utama iaitu Panduan WordPress yang menerangkan langkah demi langkah bagaimana memasang blog WordPress anda sendiri di Hosting dan domain anda sendiri.

Walaupun pada asasnya proses pemasangan ini amat mudah jika sekali tengok, namun tanpa panduan langkah demi langkah dan bergambar, proses ini amat rumit juga sebenarnya.
Di sinilah hadirnya Panduan Asas WordPress ini yang dikenali juga sebagai Kit Blogger yang boleh membantu sesiapa sahaja yang mahu membina blog mereka secara sendiri tanpa perlu mengupah orang lain.
Mengapa dipanggil Pakej Kit Blogger?
Ia dipanggil pakej kerana selain ebook panduan pemasangan WordPress, ada beberapa item lagi yang disertakan bersama seperti Pelan Tindakan dan juga Ebook-Ebook panduan yang lain. Melalui Pelan Tindakan, para pembaca akan tahu apa yang perlu dilakukan dahulu dan apa yang patut dikemudiankan.
Jika anda tidak mempunyai asas yang banyak mengenai blog WordPress, maka panduan ini adalah yang terbaik buat masa sekarang terutama di pasaran Malaysia. Sudah ramai memiliki panduan ini darilah pelajar sekolah sehingga yang dewasa.
Untuk mendapatkan panduan ini, sila ke laman web berikut:
Apa khabar semua.
Sudah lama saya tidak update blog ini kerana saya fokus kepada projek Ebook terbaru saya. Alhamdulillah, projek tersebut telah pun dilancar pada 15/11/2007 lepas. Projek tersebut ialah Ebook Panduan Mudah FTP:

Semalam pula, dalam lebih kurang 4 jam, saya telah berjaya menyiapkan sebuah blog khas untuk produk tersebut. Anda boleh melawatnya di sini:
![]()
http://www.ftpcaramudah.com/blog
Jika anda menguasai WordPress, anda boleh membina blog dalam masa yang tidak lama pun. Yang penting, anda tahu apakah tujuan dan matlamat blog tersebut dibina.
Contohnya, blog yang baru saya bina semalam adalah khusus untuk produk tersebut, meletak testimoni pembeli dan saya akan menulis tips mengenai Internet, FTP, Hosting dan lain-lain lagi. Blog tersebut juga saya akan jadikan sebagai tempat rujukan para pembeli Ebook Panduan Mudah FTP.
Anda pula bagaimana? Milikilah blog sendiri untuk perniagaan Internet anda.
Jumpa lagi.
SideRSS Error: Something bad happened! Try again later.