Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Anda mencari Pakej Kit Blogger secara percuma? Ingin mendapatkan Kit Blogger secara HARAM?

Saya dapati, ada mereka yang mahu mendapatkan Pakej Kit Blogger secara percuma.

Ketahuilah, jika anda mendapatkan produk ini tanpa jalan yang sah, anda telah melakukan satu perkara yang haram iaitu mencuri hak orang lain.

Belilah jika anda mahu. Jika orang lain boleh membelinya, mengapa tidak anda? Tiada wang? Itu bukan alasan. Berusahalah… Kalau tidak mampu untuk membeli, mencuri bukan satu jalan yang bijak dan halal.

Pastikan hati kita sentiasa bersih daripada karat-karat dosa.

Wassalam.

Jika anda adalah seorang usahawan Internet, atau bakal melakukan perniagaan Internet, maka adalah satu kerugian besar jika anda tidak mempunyai blog dot com anda sendiri.

Pengalaman saya setelah menggunakan blog untuk promosi perniagaan dan diri saya sendiri selama dua tahun lebih, cukup membuktikan bahawa, blog adalah satu ‘alat’ yang wajib digunakan oleh usahawan Internet.

Ini kerana, saya telah mendapat impak dan manfaat yang begitu banyak sekali. Tidak dapat saya senaraikan kesemua manfaat yang telah saya dapat itu kerana ia begitu banyak sekali.

Jika anda perhatikan usahawan-usahawan Internet yang berjaya, mereka mempunyai blog masing-masing. Di situlah mereka berkongsi ilmu, pengalaman, menghebahkan mengenai produk-produk mereka dan sebagainya. Ini membuktikan, blog adalah satu ‘alat’ yang betul-betul berkesan untuk diri mereka atau perniagaan mereka.

Dengan penulisan di blog, orang ramai yang membacanya akan bertambah yakin dengan kita kerana fungsi blog adalah untuk melakukan komunikasi dua hala dengan pembaca. Penulisan itu seolah-olah antara dua pihak iaitu pembaca dan juga penulis (usahawan tadi).

Salah satu perkara yang biasanya ditulis di blog ialah apa yang telah dan sedang dilakukan. Contohnya, anda menulis tentang anda yang baru sahaja pulang dari bercuti di luar negara. Di sini, anda telah menunjukkan yang anda adalah jujur dan anda memang benar-benar ‘wujud’ (bukan seorang penipu). Hasilnya, jikalau anda menjual sesuatu, orang yang mengenali anda tidak akan takut untuk membeli dengan anda.

Banyak lagi faedah-faedah mempunyai blog untuk diri anda dan juga bagi perniagaan Internet. Ia adalah wajib, dan rugi besar jika tidak menggunakannya.

Yang ikhlas,

Mohd Zulfadli

http://blog.smartusaha.com

“Blog Perniagaan Internet”

P.S: Jikalau anda ingin membina blog dot com sendiri sama ada untuk perniagaan Internet atau apa-apa jenis perniagaan, Pakej Kit Blogger dapat membantu anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

  • 0 Comments
  • Filed under: Blogging Tips
  • Kepada anda yang sudah mencuba WordPress versi 2.3 Beta 1, hari ini telah dikeluarkan versi 2.3 Beta 2. Anda hanya digalakkan untuk mencuba sahaja dan JANGAN sesekali gunakan versi ini untuk blog sebenar anda.

    Untuk makluman, setiap hari Isnin (hari Selasa di sini), Team WordPress akan keluarkan siri Beta 1, 2, 3 dan seterusnya sehinggalah sebelum tiba 24 September ini.

    Mungkin satu ilmu bagi anda, mereka melakukan sebegitu agar semua pengguna WordPress yang menguji versi Beta boleh memberikan pandangan sebelum versi Release dikeluarkan.

    Inilah sistem Open Source, komunitinya adalah dari seluruh dunia, bekerjasama.

    Maklumat lanjut, sila ke sini:

    http://wordpress.org/development/2007/09/wordpress-23-beta-2/

    ps. Tak sabar menunggu versi 2.3. :)

    Think Before You Blog