Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Tiada Idea Menulis Blog?

Apa khabar anda semua? Semoga sihat di sana.

Setelah hampir dua bulan tidak menulis di blog ini, insyaAllah, saya akan cuba untuk mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin. Sesungguhnya, begitu sedikit panduan dan rujukan mengenai blog (bukan hanya perkara teknikal!) mengenai blog di dalam bahasa melayu.

Beberapa hari lepas saya telah menulis tips mengenai bagaimana mendapatkan idea menulis blog. Sebenarnya, ia bergantung kepada jenis blog anda. Seperti saya, di blog smartusaha.com, ia lebih kepada penulisan dari idea saya sendiri dan tidak menggunakan mana-mana sumber atau mengupah orang lain.

Sebaliknya, jika anda lebih kepada program affiliate dan google adsense, adalah satu kelebihan dan kemudahan jika anda menggunakan sumber dari PLR atau mengupah orang lain. Ini kerana, untuk tujuan tersebut, biasanya anda mempunyai banyak blog dan tidak terurus jika anda seorang sahaja yang mengurusnya.

Baiklah, anda boleh membaca tips mendapatkan idea yang saya berikan dan baca juga komen-komen pembaca di blog smartusaha.com itu. Klik di sini.

PS. Sudahkah anda memiliki blog sendiri? Ingin tahu cara membinanya? Mungkin ini dapat membantu anda. Klik di sini.

Terdapat banyak kelebihan jika anda membina blog anda sendiri. Dulu, anda terpaksa mencari sendiri, namun kini, sudah ada pemudah caranya melalui pakej ebook kit blogger keluaran smartusaha.com.

Baiklah. Sebelum ini ramai yang mengupah orang lain untuk meng-install blog anda. Ia tidak salah jika anda ingin cepat dan hasil kerja yang memuaskan dalam masa yang singkat. NAMUN, jika blog anda tiada keperluan dalam masa terdekat, adalah lebih baik membinanya sendiri dan mempertingkatkan bentuk dan kandungannya dari semasa ke semasa. Antara kelebihan bina blog anda sendiri adalah:

1. Jimat wang ratusan ringgit

Untuk mengupah pihak tertentu, mereka akan mengenakan caj paling kurang RM200 hingaa RM300 kepada anda. Tetapi, dengan merujuk kepada ebook yang berharga RM45, mana satukah nilai yang memuaskan hati anda dari segi wang? :)

2. Tahu Hal Teknikal

Anda perlu tahu satu rahsia pihak yang menyediakan servis memasang blog. Jika anda ingin mengemaskini sesuatu, ada di antara mereka mengenakan caj tambahan! Jika pertama kali anda membayar RM200, kemudian anda dikehendaki membayar sebanyak sekian-sekian untuk kemaskini blog! Namun, jika anda tahu sendiri beberapa perkara teknikal penting, maka anda dapat jimatkan lagi wang ringgit anda!

3. Anda Membantu Diri Anda Sendiri

Untuk masalah yang simple, anda boleh selesaikan sendiri sebab anda tahu. Jika upah orang lain, anda biasanya tidak mengambil endah dan tidak tahu perkara-perkara wajib bagi sesebuah blog. Sekali lagi, wang ringgit dan masa anda tergadai begitu sahaja.

Jadi jelas di sini, jika anda ingin belajar dan tahu, dapatkan sesuatu rujukan yang lengkap terutama bagi perkara asas. Namun jika anda jenis banyak duit, sibuk dan ingin cepat, maka tidak salah mengupah orang lain. :)

Pokok pangkal, tentukan anda di golongan mana? “Ukur baju di badan sendiri”.

==============================================

Mulakan langkah anda sebagai blogger dengan cara yang betul. Pakej Kit Blogger 1 dapat membantu anda. Klik di sini.

Iklan: Saya juga menyediakan servis memasang blog dengan kos yang berbaloi. :) Klik menu contact di blog ini untuk menghubungi saya.

==============================================

Pakej Ebook Kit Blogger 1

Minggu lepas saya telah melancarkan ebook panduan asas wordpress. Pakej tersebut disertakan sekali dengan pelan tindakan bagaimana menghasilkan blog yang berjaya.

duit

Apa khabar pembaca semua, terima kasih kerana melawati blog ini di samping blog utama saya di http://blog.smartusaha.com. Blog ini khusus mengenai blogging dan blog smartusaha.com lebih umum skopnya mengenai perniagaan internet.

Baiklah, seperti yang dijanjikan beberapa hari lepas, kini anda sudah boleh mendownload ebook percuma yang telah saya janjikan. Jika anda sudah mendaftar newsletter smartusaha, maka sila semak emel anda yang mana saya telah menghantar link untuk mendownload ebook ini. Dan jika anda belum mendaftar, sila daftar sekarang di http://smartusaha.com/news dan anda akan mendapat emel untuk men-download.

Sekian dahulu kali ini dan jika anda ingin memberikan sebarang komen, usah segan dan silu. Gunakan fungsi komen di bahagian ini.

Wassalam, jumpa lagi.

P/S: Jika anda belum lagi membaca post saya di blog utama, sila ke link berikut:

http://blog.smartusaha.com/