Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Tulis sahaja. Tulis dan terus menulis.

Saya ada sebuah blog motivasi dan buat masa ini saya lebih ‘bermain’ dengan simple SEO, iaitu kata kunci. Trafik masuk, walaupun tidak banyak. Saya fokus pada SEO kerana pembaca lebih targeted.

Tip: Wajib pasang plugin Stats untuk lihat keyword apa yang menjadi punca trafik masuk.

Lupakan dahulu komen yang banyak, trafik yang besar, Theme (design) yang cantik dan sebagainya. Utamakan penghasilan content secara berterusan.

‘Kesan Berantai…’

Saya suka membuat pemerhatian. Baru-baru ini, seorang pelukis komik-M ada membuat video parody untuk KL Gangster. Tajuk filem pendek beliau bersama rakan-rakannya adalah iKLan Gangster. Video di Youtube itu mendapat view lebih daripada 100 ribu dalam masa dua tiga hari sahaja.

Saya adalah pengikut channel Vlog beliau di Youtube. Video-video sebelum ini mendapat beberapa ratus view sahaja. Namun disebabkan video filem pendek yang menarik itu, video-video yang lepas terus mendapat view yang banyak. Kini mencecah ribuan view. Bermaksud, pelayar Channel Youtube beliau turut menonton video-video yang lepas.

Apa yang saya mahu sampaikan adalah, artikel-artikel yang kita tulis di blog walaupun belum ada komen dan pembaca yang ramai, kkelak apabila diri kita mula dikenali dan mempunyai pengikut ataupun mungkin terdapat satu artikel yang terbaik, ia akan menyebabkan pembaca akan turut menyelongkar artikel-artikel yang lama.

Tidak perlu risau trafik. Tidak perlu risau ada komen ataupun tidak. Tidak perlu risau promosi yang besar-besaran. Lakukan yang kita mampu buat dahulu. Tulis artikel walaupun sekadar tip yang ringkas (pendek). Yang penting adalah melatih diri agar konsisten sehingga diri rasa tidak selesa apabila tidak mengemaskini blog.

Punca kegagalan memiliki blog yang berjaya adalah kerana mengharap sesuatu yang besar dalam masa yang singkat. Walhal, fitrah kehidupan ini adalah bertahap, dari bawah ke atas, dari kecil kepada besar. Bukan sebaliknya.

Lakukan secara bertahap dan rancang tahap-tahap itu dari awal.

Tip menulis blog secara konsisten:

1. Tulis tip-tip yang ringkas sahaja.
2. Tulis dalam bentuk senarai.
3. Post imej sahaja.
4. Post video sahaja.
5. Paksa diri menulis/update blog walaupun beberapa ayat sahaja. :)

Blog Motivasi yang dimaksudkan: http://motivasiusahawan.com

FB Page Konsultan WordPress: http://www.facebook.com/KitBlogger

-

Dalam satu temubual bertulis, saya ditanya mengenai apakah keuntungan mempunyai blog?

Saya menjawab dengan satu contoh yang akan membuatkan ramai orang mahu memiliki blog sendiri.

Saya berkata, kos sebuah blog tidak sampai RM100 (malah serendah RM60.00 SETAHUN). Katakan saya dijemput memberi ceramah dengan bayaran RM 200 sejam (minima) dan mendapat sebanyak 10 jemputan SETAHUN (paling sedikit). Maka saya mampu memperolehi RM 2000 setahun tanpa sebarang kos iklan, kerana semua jemputan itu adalah melalui blog. Ini satu perkara yang berbaloi.

Jika dikira, kos RM60 itu tadi telah menghasilkan pendapatan sekurang-kurangnya RM2000, iaitu lebih 30 kali ganda daripada modal asal.

Itu belum lagi dengan jualan produk yang terjual melalui blog dan juga promosi lain-lain perkara seperti seminar dan bengkel sendiri.

Hakikat: Kewujudan laman sosial seperti Facebook tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengabaikan ‘kuasa’ sebuah blog. Google tetap digunakan oleh pengguna Internet untuk mencari apa sahaja seperti program seminar, kursus, produk, penceramah dan sebagainya. Dan biasanya, blog akan mengatasi bentuk-bentuk laman web lain pada senarai hasil carian.

Jemputan ceramah: Tiket penerbangan, penginapan dan lain-lain perkara biasanya ditanggung oleh pihak penganjur.

[+] Hubungi saya jika tuan/puan mahu mewujudkan sebuah blog di atas nama sendiri ataupun jenama bisnes. Contoh domain: www.SmartUsaha.com

Panduan Blog: http://bloggingsteps.com/kit

ps. Pakej Video KuasaFTP, akan lebih memudahkan anda belajar membina laman web dan blog.

  • 1 Comment
  • Filed under: blog perniagaan
  • Menurut Lea Woodward, pautan kedua terbanyak selepas pembaca membaca entri kita adalah ruangan ‘About’, atau biasanya dikenali sebagai ‘Tentang’, ‘Tentang Penulis’, ‘Siapa Saya’ apabila kita melawat blog-blog tempatan.

    Hal ini juga turut diakui oleh Chris Brogan di entri blog beliau, yakni ‘About About About’. Ini kerana secara naturalnya, pembaca blog sentiasa mahu tahu, siapakah gerangan di sebalik pemilik blog tersebut. Lebih-lebih lagi apabila setiap entri mereka memaparkan informasi yang baik, lagi bermanfaat.

    Ruangan about merupakan ruangan pengenalan diri kita pada pembaca. Fungsi-fungsinya adalah seperti berikut:

    • Menjelaskan kepada pembaca, tentang tujuan blog ditubuhkan.
    • Mendekatkan diri dengan pembaca, menerusi biodata pengenalan diri.
    • Meningkatkan kepercayaan terhadap pembaca, untuk terus kekal menjadi pembaca di blog ini atau sebaliknya.
    • Membina hubungan ‘first impression’ yang baik terhadap pembaca.

    Jadi, kita perlu tahu bagaimana untuk memaparkan biodata diri dengan lebih efektif, supaya pembaca terpikat, lalu bertukar menjadi pembaca setia blog. Ini secara tidak langsung, menjadikan blog kita berpengaruh.

    Paparkan Gambar Pemilik Blog
    Tahukah kita bahawa 65% komunikasi efektif, datang daripada komunikasi berbentuk visual? Hal ini dijelaskan oleh pakar komunikasi jualan, yakni Carmine Gallo. Kata beliau, contoh yang paling baik boleh dilihat adalah menerusi CEO syarikat Apple, iaitu Steve Jobs.

    Jika kita lihat, setiap kali beliau mempersembahkan slaid Keynote, hanya imej sahaja yang dipaparkan. Ini kerana beliau tahu, penonton akan berasa lebih teruja jika kita memaparkan imej, berbanding teks yang panjang berjela-jela.

    Bagi memberikan first impression yang baik kepada pelawat, maka paparkan gambar kita di bahagian about. Pastikan juga gambar tersebut adalah gambar profesional, dan mempunyai resolusi tinggi. Gambar yang pecah dan kurang menarik, akan mengurangkan minat pembaca untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pemilik blog.

    Kekalkan Mantra WIIFM
    WIIFM merupakan singkatan kepada Whats In It For Me. Apabila kita menubuhkan blog, apakah kebaikan utama yang mahu diberikan kepada pembaca? Sebagai contoh, jika blog kita adalah blog kesihatan, maka objektif utama blog tersebut adalah:

    • Menyediakan informasi padat dan tepat kepada pembaca, supaya dapat kekal produktif setiap hari.
    • Pembaca berasa motivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
    • Menyediakan pelan tindakan, supaya dapat memudahkan pembaca untuk bertindak selepas membaca.
    • Temuramah eksklusif bersama pakar kesihatan, agar segala soalan mengenai aspek kesihatan, dapat dijelaskan dengan lebih mendalam.

    Kita harus nyatakan kebaikan yang akan diperoleh oleh pembaca. Kerana mereka adalah aset, dan mereka yang akan tolong mempromosikan blog kita kelak.

    Ubah Ruangan About Hari Ini
    Jika ruangan about kita masih lagi tidak diubahsuai seperti cadangan di atas, maka bertindaklah hari ini. Pastikan ruangan tersebut padat, tepat dan fokus pada kebaikan yang akan diperoleh oleh pembaca.

    Tentang Penulis
    Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network, sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda.

    Layari blog perniagaan internet beliau untuk maklumat lanjut.

    Salah satu cara buat duit dengan blog adalah dengan program TNX. Hanya perlu masukkan kod sahaja dan seterusnya pihak TNX akan memasukkan link iklan berkaitan.

    tnx

    Anda boleh mencari panduan melalui Google dengan menaip ‘make money tnx’.

    Selamat mencuba.

    *Miliki blog dot com sendiri tanpa perlu ke bengkel atau mengupah orang lain melakukannya untuk anda. Klik di sini.

    [FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.