“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Melalui blog ini, saya akan memastikan anda mendapat maklumat yang straight forward mengenai blogging (menulis blog). Saya akan menggunakan term blogging kerana ia lebih mudah difahami selain jika terjemah kepada bahasa melayu, ia mungkin lari maksud dan tidak tepat dalam penulisan tertentu.
Di dalam blog ini, saya akan menulis mengenai perkara yang berkisar:
1. Plan (perancangan)
2. Build (pembangunan)
3. Marketing (pemasaran)
4. Maintain (pengurusan)
5. Generate Revenue (jana pendapatan)
Di post akan datang, saya akan jelaskan satu persatu mengenai lima perkara tesebut.
- Mohd Zulfadli @ SmartZul
** For english / international version, please go the the main blog here:
Hi all, i’m very happy today because my blog, bloggingsteps.com/tips listed in google just within in 24 hours only. Just a simple steps to do (i will write later) and viola, your blog will crawled by google and indexed by them quickly.
Malay version:
Maafkan saya kerana menulis di dalam bahasa inggeris kerana sebelum ini, saya menjanjikan untuk menulis di dalam 2 bahasa hanya di blog ini (tips). Namun, setelah berfikir kembali, saya merasakan cerewet dan tidak profesional jika melakukan penulisan dalam dua bahasa secara bergilir-gilir.
Baik, merujuk kepada tajuk, saya telah berjaya memasukkan blog ini ke dalam senarai google hanya dalam masa 24 jam sahaja. Bagaimana caranya, tunggu.. Saya akan menulisnya nanti.
- SmartZulĂ‚Â
Ramai yang masih tidak percaya bahawa dengan blog, kita boleh mendapat pendapatan yang tinggi samada secara sampingan ataupun sepenuh masa. Jika anda hanya melihat dari skop pasaran Malaysia, memang agak sukar untuk anda percayai, namun jika kita menjenguk ke dunia luar, anda akan terpaku seketika kerana selain mempunyai blog sendiri, kini ramai pihak yang mencari penulis untuk mengemaskini blog mereka. Bermaksud, blogger juga adalah satu kerjaya di masa kini!
Namun, bukan itu yang ingin saya kongsikan di sini, tetapi apa yang akan disampaikan adalah, bagaimana kita boleh membuat duit dengan blog? Mudah sahaja, tetapi anda perlu mengetahui teknik yang betul. Di sini, saya membahagikan blog kepada dua jenis iaitu blog bisnes dan blog ‘niche’.
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kepada anda kerana melawat blog ini. Semoga anda selalu datang ke blog ini untuk mendapatkan pelbagai tips yang mudah diikuti, praktikal dan langkah demi langkah. Di dalam blog ini, saya akan lebih kepada penulisan yang pendek, tips yang ringkas dan kebanyakan yang akan saya kongsikan adalah teknik yang praktikal dan kurang penulisan yang teori.
Setelah setahun lebih saya mempunyai blog personal di http://www.smartusaha.com, maka saya terpanggil untuk berkongsi tips yang telah saya gunakan untuk anda semua.
Diharapkan anda menjadikan blog ini sebagai salah satu blog yang wajib anda lawati.
Salam sukses!