Tip Blog, Blogging dan Wordpress

“Panduan Mudah Untuk Blogger”

Heboh satu Malaysia apabila akhbar Berita Harian meletak tajuk di muka utama, “Blogger Raih Untung RM1 juta”. Sedikit sebanyak ramai pihak yang memperkatakan hal ini.

Tidak mustahil menjadi jutawan dengan blog, tapi… Ia tidaklah semudah itu. Ia perlukan perancangan yang rapi, dedikasi, kental dan perlu banyak belajar serta menyelongkar pelbagai cabang bisnes dan buat duit melalui blog.

Apa pun bagi saya, 1 juta ataupun tidak, setiap orang mempunyai tujuan masing-masing dalam menggunakan blog. Tidak semua orang guna blog untuk buat duit secara langsung. Contoh: Si A tulis mengenai motivasi, kemudian beliau dijemput memberi ceramah di sana sini. Lama-lama, bolehlah 1 juta termasuk melalui produk seperti CD dan buku-bukunya. Tidak mustahil…

Apa pendapat anda?

[FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.

Orang sibuk yang dimaksudkan adalah anda sebagai blogger dan kedua adalah pembaca.

Kedua-dua orang yang sibuk ini ada satu ciri persamaan, di mana mereka sukakan benda-benda yang ringkas dan cepat.

Maka, sebagai blogger yang sibuk, anda boleh menulis artikel-artikel yang pendek sahaja. Contohnya adalah seperti artikel di blog ini:

http://smartusaha.com/notafacebook

Dengan menulis artikel yang pendek dan cepat dibaca, maka pembaca-pembaca yang sibuk akan tetap melawat blog anda pada setiap hari walaupun hanya sekadar 1-3 minit sahaja.

Mengekalkan pelawat adalah lebih penting berbanding menulis artikel yang hebat, tetapi kemudian mereka sudah tidak berminat untuk membaca blog kita.

Tip 1: Jika anda mempunyai artikel yang panjang, jadikan ia beberapa siri.

Tip 2: Boleh juga menulis dalam bentuk senarai (point).

Tip 3: Letak gambar atau imej beserta sedikit penerangan. Pepatah mengatakan, “sekeping gambar mempunyai 1000 erti”.

Manakala, bagi anda blogger yang banyak masa pula, ia tidak semestinya anda perlu menulis artikel yang panjang pada setiap kali menulis di blog. Walaupun anda ada banyak masa, namun pembaca tidak semestinya banyak masa juga. Jadi selang selikan dengan artikel pendek.

Semoga mereka terus kekal setia untuk membaca tulisan-tulisan kita.

Selamat mencuba.

ps. Sertai FB Page kami di sini:

http://www.facebook.com/smartusaha

[FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.

Sekeping Kad Bisnes

Katakan anda telah memiliki blog pasang sendiri seperti dot com, dot net dan sebagainya. Kemudian, anda menyertai program-program berkaitan seperti seminar, ceramah dan lain-lain.

Bayangkan, dengan sekeping kad bisnes yang tertera nama blog anda termasuk nama domain blog tersebut. Tidakkah ia sesuatu yang ‘membanggakan’? Kedua, ia adalah promosi cara Offline. Ketiga, kenalan baru mudah untuk mengingati kerana mereka telah memiliki kad anda.

Untuk membuat kad bisnes, ia serendah RM20-30 sahaja (100 keping), bergantung kepada rekabentuknya.

“Saya Zul, ini kad saya.” ;)

kad bisnes

ps. Ingin bina blog dot com sendiri? Klik di sini>> Panduan cara buat blog.

[FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.

  • 1 Comment
  • Filed under: buat blog
  • Ini adalah artikel yang amat praktikal dan boleh dipraktikkan terus. Dengan syarat, pembaca telah memiliki asas blogging berkaitan. Semoga bermanfaat.

    ——————

    Pilih satu cabang bidang dan fokus pada penulisan berkaitan bidang itu sahaja. Kelak di satu masa, beberapa hasil yang akan diperolehi adalah seperti:

    (1) Dijemput ke perjumpaan tertutup (seperti sidang media). Di luar negara, hal ini sudah tidak asing lagi. Malah blogger amat ‘dihormati’ di sana. Di Malaysia pula, peluang masih terbuka luas untuk bidang-bidang selain politik dan hiburan. InsyaAllah, ia akan berkembang dari masa ke semasa.

    (2) Dijemput ke mana-mana program secara percuma untuk membuat liputan.

    (3) Dijemput memberikan ceramah (talk) ataupun membentangkan kertas kerja. Mana tahu boleh dapat tiket flight dan bilik hotel (penginapan) percuma. ;)

    (4) Mendapat sesuatu produk secara percuma untuk membuat ulasan di blog. Ya, mungkin akan menjadi kelompok pertama mencuba produk itu!

    (5) Membina komuniti/peminat tersendiri. Kalau ada produk sendiri, atau mempunyai buku yang diterbitkan, kita sudah ada bakal pembeli.

    (6) Dikejar oleh pihak media. Mana tahu, ada wartawan yang mahukan pandangan daripada anda!

    (7) Menjadi penulis di kolum-kolum khas majalah atau akhbar. Wah, seronok bukan? Dapat bayaran (honorarium) tau! :)

    “Dengan perkembangan pesat bidang majalah dan akhbar sekarang, semakin banyak bahan diperlukan oleh media massa negara kita. Rancangan jangka panjang Kumpulan Karangkraf bagi menerbitkan 200 buah majalah setiap bulan sudah cukup memberi gambaran sebanyak mana artikel yang dapat dibekalkan kepada majalah-majalah itu.”

    Sumber: http://www.universitipts.com

    Pendek kata: Perlu menjadi blogger berkredibiliti. Benar, ia menuntut usaha yang gigih dan strategi yang betul. Kedua, perlu pandai ‘memasarkan diri’ dan blog tersebut. Ketiga, rancang sekurang-kurangnya “plan” 3 tahun dari sekarang.

    Antara bidang-bidang (industri) yang ada potensi di pasaran tempatan:
    1. Keusahawanan/bisnes
    2. Ekonomi
    3. Pertanian
    4. IKS – Industri Kecil & Sederhana
    5. Teknologi dan ICT
    —> Bidang ini amat berkembang pesat di Malaysia!
    6. Lain-lain. Boleh buat kajian di majalah dan internet berkaitan. Paling mudah, baca ruangan Bisnes & Ekonomi di akhbar-akhbar terkemuka seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan banyak lagi.

    Utamakan bidang yang sedang dan akan berkembang agar usaha kita tidak sia-sia begitu sahaja. Biarlah susah di peringkat permulaan, tetapi kelak kita akan menuai hasilnya. Teguhlah pada usaha.

    Tip PENTING:

    1. Utamakan bidang yang banyak program dan produk di pasaran (terutama di kalangan Big Business atau sekurang-kurangnya IKS), iaitu sebaiknya bidang yang sudah menjadi sebuah industri. Elakkan bidang/topik yang hanya sekadar ramai pembaca biasa sahaja. Jadikan blog kita ‘dikejar’ oleh golongan-golongan industri dan mereka tidak kisah membayar kita.

    Namun perlu ditekankan di sini, industri itu perlulah mempunyai kadar pengguna/pembeli yang besar jumlahnya. Contohnya bidang telekomunikasi (mobile phone, teleko seperti Celcom, Maxis, …, broadband). Jadi, perlu serasikan industri dengan pengguna agar usaha blog kita ini mencapai tahap yang baik. Kita memerlukan jumlah trafik (pengunjung) yang besar ke blog kita agar pihak bisnes berminat untuk mendapatkan ‘perkhidmatan’ kita.

    Tersilap memilih pasaran yang kecil pasarannya, atau sukar berkembang maju atau tidak melibatkan pasaran ‘end user’, maka blog yang dibangunkan mungkin akhirnya terkubur begitu sahaja. Jadi, pastikan memilih bidang yang berkembang  atau bakal berkembang + ada ‘end user/buyer’ yang besar pasarannya.

    2. Pastikan kita boleh menulis berkaitan bidang tersebut. Walaupun tiada lulusan atau sijil, ia boleh dipelajari dan diusahakan. Salah satu usaha adalah dengan belajar cara menulis. Buku rujukan seperti “Buat Duit Dengan Menulis” (penulis: Jeniri Amir), adalah amat sesuai untuk dirujuki sebagai asas penulisan.

    3. Lakukan usaha ini dengan berbekalkan minda usahawan dan bukan sekadar buat duit semata-mata. Fikirkan sejauh mungkin. Ya, sebaik mungkin perlu ada perancangan ‘rapi’ dan strategi yang berkesan. Bak kata orang putih, “do it with passion!”. Dengan itu, kita tidak cepat berasa bosan dan mudah kecewa kerana kita melakukannya dengan penuh motivasi dan serasi dengan jiwa.

    Tip Mendapatkan Kandungan Blog: Baca berita di akhbar dan hubungi pihak atau individu berkaitan. Temubual mereka secara ringkas dan buat ringkasan di blog. Dan boleh juga membuat respon dengan pendapat sendiri terhadap sesuatu isu yang sedang berlaku dalam bidang tersebut. Benar, kita perlu proaktif mencari kandungan blog dan tidak boleh hanya menunggu kita dihubungi.

    Mengapa saya keutarakan hal ini?

    1. Mahu memperkembangkan bidang blog jenis ini. Kita masih kekurangan. Sekarang banyak blog berbentuk personal dan lebih kepada ‘end user/buyer’, tetapi tidak target kepada pemain-pemain industri atau bidang yang mempunyai pasaran yang lebih menguntungkan.

    2. Kita perlu memulakannya dahulu. Pemain industri tidak akan sedar kepentingan blog/blogger industri selagi tidak banyak blog sebegini wujud. Jadi kita perlu menjadi pemula.

    Marilah kita menjadi usahawan dengan menggunakan blog dan bukan hanya sekadar blogger di dunia Online semata-mata. Semoga berjaya!

    Bina blog dot com sendiri: http://bloggingsteps.com/kit

    .

    Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com (Perniagaan Internet)

    *Tidak diizinkan “copy & paste” artikel ini tanpa kebenaran dan permohonan terlebih dahulu. Boleh kongsikan link terus direct ke artikel ini: http://bloggingsteps.com/tips/blogging-tips/blogger-usahawan.html

    [FB Page] Jom sertai FB BloggingSteps.com dengan klik di sini.