Ramai yang nak buat blog dot com sendiri, TAPI selama pengalaman saya menjual Pakej Kit Blogger, ada mereka yang tak tahu rupa-rupanya perlu beli hosting dan domain name dahulu baru boleh buat blog.

Saya tak salahkan mereka sebab mereka tiada pengetahuan banyak mengenai internet dan juga istilah-istilah tertentu.

Ok. Artikel ini hanya untuk mereka yang baru nak mula buat blog dot com.

Untuk menghasilkan blog dot com anda sendiri, apa yang diperlukan adalah:

1. Nama domain

2. Hosting (Server)

3. Sistem Wordpress

Itu sahaja. Tak banyak benda dan syarat pun. Malah langsung tidak komplikated.

Untuk mendapatkan nama domain dan hosting, sekarang ia sudah terlalu murah. Dengan harga bermula RM45, anda sudah mampu memiliki satu nama domain dan akaun hosting sendiri.

Apa itu nama domain?

Saya tidak perlu terangkan dari segi teknikal. Cukup bagi contoh sahaja. Contoh nama domain adalah SmartUsaha.com, BloggingSteps.com dan apa-apalah yang berakhir dengan .com, .net, .my dan banyak lagi jenis dot dot. :)

Nama domain ni umpama alamat rumah kita. Kalau tak ada alamat, susah lah posmen nak hantar surat.

Analogi alamat rumah tadi sama seperti nama domain dan hosting. Kalau nama domain adalah alamat, maka hosting adalah rumahnya.

ALAMAT <-> RUMAH

NAMA DOMAIN <-> HOSTING

Di mana terletaknya blog?

Blog diletakkan di hosting lah. :D Kita perlu upload sistem Wordpress ke hosting dan setup pemasangan blog di hosting juga. Sudah pasti, masa nak pasang blog tu, nama domain perlu ada. Kalau tak, macam mana nak akses server.

Jadi, untuk memastikan blog kita dapat dicapai oleh orang ramai, maka kita perlu ada alamat sendiri iaitu nama domain. Anggap je lah blog itu adalah sebuah rumah.

Kesimpulannya, kalau tak ada nama domain, maka tak dapatlah orang datang ke blog kita. Contohnya blog ini, kalau tak ada nama (alamat) bloggingsteps.com, maka anda tidak dapat mengakses blog ini.

Penerangan di atas hanya asas dan secara kasarnya. Anda perlu tahu lebih sedikit mengenai nama domain, hosting, server, Cpanel dan juga FTP agar proses pembinaan blog akan jadi lebih mudah.

Sistem Wordpress

Untuk buat blog, kita perlu satu perisian (sistem). Anda tak perlu tahu sangat pasal perisian ini sebab anda hanya perlu tahu pasang dan guna sahaja.

Sistem Wordpress adalah salah satu perisian untuk kita buat blog. Banyak lagi sistem lain, tapi Wordpress adalah yang terbaik takat ni.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai Wordpress, sila ke laman web mereka di Wordpress.org.

Langkah demi langkah

Langkah langkah yang perlu anda lakukan di dalam membina sebuah blog dot com adalah:

1. Tentukan topik blog yang akan dibina

2. Beli nama domain dan hosting

3. Pasang blog menggunakan Wordpress

4. Mula menulis

5. Promosi blog

Itu langkah-langkah secara singkat dan teorinya.

Kesimpulan

1. Untuk buat blog dot com, anda perlu keluarkan kos (modal). Contohnya, untuk blog bloggingsteps ini, saya keluarkan belanja minima sebanyak RM60.00 sahaja.

2. Blog dot com tak sesuai untuk mereka yang tak ada perancangan untuk apa dia buat blog. :) Bukan apa, nanti rugi duit je beli domain name dan hosting.

3. Blog dot com amat sesuai untuk mereka yang melakukan perniagaan. Tidak kisah perniagaan internet ataupun Offline. Blog adalah satu alat pemasaran yang amat berkesan.

Irfan Khairi, saya, pakar motivasi, penulis buku, pendakwah dan ramai lagi telah menggunakan blog dot com!

Jadi, jika anda berminat untuk membina blog dot com anda sendiri tanpa mahu mengupah orang lain, alternatifnya adalah dengan belajar melalui Pakej Kit Blogger

Sekian.

Last 5 posts by smartzul