“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Saya tidak mahu menulis jawapan yang panjang.
Cuba anda bandingkan kedua-dua maklumat berikut:
Maklumat 1:

Maklumat 2:

Kedua-dua maklumat (info) tersebut adalah mewakili dua hosting yang saya guna. Maklumat tersebut adalah di bahagian Fantastico > WordPress.
Di hosting 1, versi WordPressnya adalah 2.6.1 padahal semasa saya menulis artikel ini, WordPress sudah pun berversi 2.6.3 yang mana sesiapa yang guna versi sebelumnya, perlu update sistem dengan segera kerana versi sebelumnya ada masalah security. Manakala di hosting kedua, versi WordPress adalah yang terkini.
Jadi anda sudah pasti tahu apa yang ingin saya sampaikan bukan?
Jika anda berharap kepada Fantastico semata-mata, anda tidak akan dapat update kepada versi WordPress selagi mana hosting tersebut belum update kepada versi yang terkini.
Lain jika anda pasang blog secara manual, anda pasti akan dapatĀ upgrade blog secara manual juga tanpa sebarang kekangan. Ini kerana anda tahu hal-hal teknikalnya walaupun sedikit seperti tahu edit file sistem, tahu guna FTP dan sebagainya.
Siapa kata pasang blog secara manual susah? Ia amat mudah sebenarnya. InsyaAllah, Pakej Kit Blogger versi akan datang akan menunjukkan cara mudah memasang blog secara manual dengan hanya beberapa langkah sahaja.
Maklumat lanjut mengenai kit Blogger akan datang anda boleh baca di sini : Blog Perniagaan Internet.
Nota: WordPress versi 2.7 akan dikeluarkan pada hujung bulan November ini. Salah satu fungsinya adalah autoupgrade dengan sekali klik sahaja! Jadi tidak perlu lagi guna Fantastico.
Saya dah pun mencuba versi Beta. Memang banyak fungsi baru selain navigasinya yang berbeza berbanding versi sebelumnya.
ps. Daftar email RSS dan dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel di bahagian RSS Subscription di atas sidebar blog ini. Atau boleh baca melalui mana-mana RSS Reader yang anda mahukan: http://bloggingsteps.com/tips/feed/.
One Response for "Mengapa Perlu Pasang Blog WordPress Secara Manual?"
mengapa masa nak buat page wordpress ni apasal bila buka page tu tak ada link yang keluar kosong contoh sila lawat blog saya klik kat contact ke forum ke tak ada apepun yang link…
Leave a reply