“Panduan Mudah Untuk Blogger”
Apakah pendapat anda, sekiranya saya mengatakan begitu ramai yang rakus, tamak dan mahu hasil cepat walaupun dalam perkara yang baik? Contohnya, dalam menuntut sesuatu ilmu, mereka inginkan hasil dalam waktu yang cepat. Analoginya umpama memakan sebiji burger special yang mengandungi pelbagai bahan pada burger tersebut. Semasa memakannya, semua bahan-bahan itu dikunyah dan dimakan sekaligus. Kenyang pun cepat. Namun, itu burger, ia tidak sesuai diaplikasikan dalam dunia ilmu.
Saya sehingga kini, masih lagi belajar dan terus belajar mengenai blog, blogging dan perkara-perkara yang berkaitan. Saya bermula di arena blog ini sejak penghujung tahun 2005 yang mana tatkala itu, saya amat zero dan bermula dengan cuba-cuba.
Namun, saya agak sedih melihat kebanyakan orang, mereka ingin hasil dalam masa semalaman, sehari atau pendek kata hasil yang cepat. Adakah bagi mereka, esok sudah tiada lagi untuk mereka? Adakah mereka takut ketinggalan? Atau apakah sebab utamanya? Jawapannya mudah: SIKAP & SIFAT. Jika kita ada sikap ingin cepat dan sifat tidak sabar, maka kita amat sukar untuk mengetahui sesuatu perkara. Kita akan banyak menghadapi masalah daripada kejayaan.
Walaupun anda telah memiliki sesebuah ebook seperti Pakej Kit Blogger, namun ia tidak berguna jika anda tidak memulakannya dengan membaca file ReadMe dan kemudian membaca Pelan Tindakan SERTA mengikut satu persatu langkah yang telah diberikan. TAPI… Ramai juga yang skip atau mengambil jalan pintas! Lantas, mereka menghadapi masalah dan memberikan masalah kepada orang lain.
Saudara/i,
Untuk berjaya, kita perlu berusaha dengan tenang dan sabar. Pelajarilah sesuatu itu sedikit demi sedikit. Jika anda bertanyakan saya, ada tak jalan pintas, maka saya akan jawab, “sorry! Tak ada jalan pintas!”. Maka, anda perlu berusaha dengan konsisten dan tenang… Itu pesan saya. Jika anda ingin berjaya dalam bidang blogging dalam masa sehari, atau ingin siapkan blog dalam masa semalaman jika anda teramat newbie, harapan saya, buang jauh-jauh keinginan tersebut. Lakukanlah satu demi satu langkah yang telah diberikan kepada anda.
Saya, mengambil masa setahun untuk mendapat hasil dalam arena blogging. TAPI, jika anda ingin hasil cepat, kejayaan cepat, saya TIDAK DAPAT MEMBANTU ANDA. Saya hanya mahu membantu mereka yang sabar, tenang dan sedar akan konsep biar lambat asal selamat.
Maka, buanglah jauh-jauh sifat tamak ilmu yang tidak bertempat. Untuk memiliki sebuah blog yang berjaya, kita perlukan masa. Kita perlukan pengorbanan. Kita perlukan perancangan.
Maafkan saya, kerana saya tidak dapat membantu orang yang nak cepat.
Wassalam.
PS. Dapatkan Pakej Kit Blogger yang membantu anda LANGKAH DEMI LANGKAH menghasilkan blog sendiri. Klik di sini.
SideRSS Error: Something bad happened! Try again later.
9 Responses for "Mahir Blog: 1 Hari VS 1 Tahun"
Memang amat jelas dan benar sekali.Kita cuba dan belajar menghasilkan blog drp kreativiti atau usaha kita.Melainkan kita cuba untuk buat “ujikaji” seperti yang saya buat untuk blog http://finepoint.moneygamerz.com/
Itu bukan blog saya yg sebenar2nya!
[...] ppps. Mahir Blog: 1 Hari vs 1 Tahun. Klik di sini untuk membaca… [...]
Terima kasih saudara zul, dulu saya ada juga mengikuti bengkel website dengan bayaran RM380. Kupasan yang diberi boleh di ibaratkan sepeti kulit bawang sahaja, dengan nilai RM380. Tetapi setelah saya membeli Panduan Asas WordPress….ianya terlalu bernilai bagi saya. RM50…saya rasa saudara patut naikan lagi kepada RM100. Bukan maksud saya nak menyusahkan rakan-rakan lain…tetapi usaha yang dilakukan oleh saudara Zul saya rasakan harganya sepatutnya lebih tinggi….TQ
Terima kasih wanis. Saya amat menghargai pendapat yang diberikan di atas. Ya, saya sebelum ini juga memikirkan akan menaikkan harga atau tidak. Tapi buat masa sekarang, saya lebih kepada mahu memberikan peluang kepada ramai orang untuk memiliki kit blogger ini. Tapi tak mustahil juga untuk saya naikkan harga kelak.
Sekali lagi, terima kasih di atas komen yang bernas.
Semoga berjaya.
ps. Sekarang banyak bengkel website yg mahal bukan mahu mengajar kita buat website, tapi ada segelintir mereka ni akan mempromosikan sesuatu yang lain kepada kita (program buat duit). Hati-hati dengan modus operandi seperti ini. Sertai bengkel yang boleh dipercayai sahaja.
sy skg apa yg Zul jelas dan pertegaskan di sini…basicnya mudah, kalau nk cepat bila tersedak…habislah…silap2 mati terkedang…(huhuhu…)
sy bermula dgn 0 bab2 computer dan internet ni…tp dlm masa yg sama selalu jeles pd mereka yg ada ilmu tu. tp sy sedar, tak de mende mudah dlm dunia ni…lalu sikit2 sy belajar dan skrg sy boleh senyum sendiri (dan kadang tu kembang hidung sengsorang), coz dah makin pandai walaupun x pakar…
dan sy kagum dgn semangat anak Melayu yg ada dlm jiwa Zul…teruskan, amal jariah anda tinggi nilainya dan kita boleh bangga dan bersyukur kerana dlm arus teknologi dan kecanggihan IT, anak Melayu x ketinggalan zaman…tahniah dan selamat maju jaya, Dik!
Terima kasih kak Anis. Salam maju jaya.
[...] Blogging memerlukan masa yang lama untuk “merasai” manisnya. Jika anda berblogging tetapi ingin mendapat hasil yang cepat, [...]
[...] ppps. Mahir Blog: 1 Hari vs 1 Tahun. Klik di sini untuk membaca. [...]
[...] yang mahu ekspress dalam buat blog. Tapi ikhlaslah saya bagitahu, saya sebelum tulis panduan ini, hampir setahun saya melalui proses pembelajaran dan trial & error untuk mahirkan diri dengan sistem WordPress. [...]
Leave a reply