Pada tulisan saya yang lepas, saya telah mendedahkan salah satu program yang telah saya lakukan iaitu text-link-ads.com. Walaupun hasil yang sedikit, namun ia adalah satu permulaan yang memuaskan hati saya. Lagipun, ia hanyalah sebagai side income sahaja, bukan primary income saya.

Ramai mereka yang ingin membuat duit dengan blog merasa teruja dengan pendapatan puluhan ribu oleh orang lain. Lantas, orang tersebut menjual formula mereka yang mana katanya ia telah digunakan olehnya sendiri untuk menghasilkan duit menggunakan blog. Ramai yang tidak tahu cerita di sebalik kejayaan mereka itu. Bagaimanakah mereka bermula? Apakah ranjau atau ujian yang dihadapi? Apakah asas dan pengetahuan yang perlu kita ada selain formula tersebut? Dan, berapa banyakkah blog yang mereka ada? Adakah semua teknik yang mereka guna adalah legal? Tiada siapa yang tahu… Maka, jangan cepat teruja dengan janji manis mereka. Lain orang, lain rezekinya. Maka, usahalah dengan bijaksana dan ambillah masa.

Ramai orang, baru sahaja memiliki blog, terus ingin mengecapi hasil yang tinggi. Join program itu, join program ini, tapi akhirnya satu sen pun tidak dapat. Mengapakah ini terjadi? Ini kerana mereka tiada fokus dan melihat jauh dengan hasil yang tak logik untuk mereka. Matlamat, biarlah realistik iaitu boleh dicapai. Apa salahnya tetapkan matlamat untuk mencipta RM1.00 buat pertama kali? Buruk sangatkah RM1 itu? Tak ada nilaikah? Sepatutnya anda berbangga kerana berjaya menghasilkan pendapatan walau sekadar 1 sen di peringkat permulaan.

Bermula dari RM1, kemudian RM5, kemudian RM10 dan akhirnya kelak, tidak mustahil setelah anda mendapat rentak, anda boleh menjana RM1000 sebulan untuk sebuah blog. Jika anda ada 10 buah blog, maka jumlah pendapatan keseluruhan adalah RM10,000 sebulan. Namun, perjalanan yang jauh memerlukan langkah pertama yang baik. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Elakkan diri daripada sifat rakus dan tidak tahu bersabar. Jika anda ingin berjaya, lakukan sahaja sesuatu itu dengan baik dan fokus. InsyaAllah.

Sekian.

PS. Jika anda belum memiliki blog, maka langkah pertama anda adalah membina sebuah blog untuk anda. Pakej Kit Blogger dapat membantu anda. Klik di sini.

Last 5 posts by smartzul