|
Tip
4#
3
Cara Mudah Mendapatkan Idea Menulis Blog
Tip ke-3 pada dua hari
yang lepas adalah tergantung sebenarnya (tidak lengkap) dan saya
sengaja melakukan sebegitu. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana
untuk mendapatkan idea menulis? Ya, itulah yang kurangnya pada
tip ke-3.
Pada
tip siri ke-4 ini, saya akan memberikan 3 cara efektif dan mudah
untuk mendapatkan idea menulis yang berkaitan dengan topik blog
anda. Tiga cara tersebut adalah:
1.
Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog
2.
Melawat blog yang sama bidang dengan anda
3.
Forum yang berkaitan dengan topik blog
Melawat
laman web yang berkaitan dengan topik blog
Untuk cara ini, saya memberikan salah satu cara saya (psst,
rahsia ni). Lawati laman web direktori artikel seperti http://ezinearticles.com.
Di sana terdapat begitu banyak artikel-artikel yang berlainan
kategori, maka pilihlah artikel yang berkaitan dengan blog anda.
Baca
beberapa artikel dan daripada pembacaan itu pilih salah satu
tajuk artikel yang paling menarik minat anda dan tulis kembali
mengikut cara dan gaya anda di blog. Ingat, jangan tiru
bulat-bulat artikel tersebut, sebaliknya anda menulis daripada
kefahaman selepas anda membaca artikel di laman web itu tadi.
Melawat
blog yang sama bidang dengan anda
Anda lakukan lawatan ke beberapa blog lain untuk membaca apa
yang ditulis mereka. Dari pembacaan itu, biasanya akan timbul
dua perkara di fikiran anda:
1.
Mengulas perkara yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis
di blog tersebut
2.
Mendapat idea atau sesuatu tajuk yang tertentu sebaik sahaja
membaca tulisan-tulisan mereka. Perkara kedua ini secara
biasanya akan berlaku.
Forum
yang berkaitan dengan topik blog
Inilah salah satu cara saya juga. Teknik yang selalu saya guna
pakai. Caranya sungguh mudah iaitu anda masuk ke forum yang
berkaitan dengan topik blog anda. Selidik dan perhatikan apakah
topik panas yang sedang dibincangkan, atau apakah masalah yang
sering dipersoalkan oleh ahli forum. Atau sekurangnya, apa
sahaja topik dan masalah di forum tersebut. Pilih satu topik dan
masalah dan tulis satu artikel di blog anda.
Akhir
kata bagi tip 4 ini, pastikan blog anda hidup!
Ikhlas,
Mohd Zulfadli ( SmartZuL).
www.smartusaha.com
==========================================================================
Untuk mendapatkan blog yang berjaya dan memberikan hasil, Pakej
Kit Blogger dapat membantu anda. Dengan Pelan Tindakan pada kit
tersebut yang tersusun rapi dan disadur dengan teknik yang
efektif, anda akan dapat memiliki sebuah blog yang memberikan
hasil yang memuaskan. Dapatkan segera kit tersebut di http://bloggingsteps.com/kit.
========================================================================== |