|
Tip
5#
Unsur
3K memberikan kejayaan yang membanggakan kepada seorang anak
muda!
Salam sejahtera.
3K
adalah: Kesabaran, Kesungguhan, Konsisten
Tanpa
melakukan 3K ini, mungkin seorang anak mudah ini tidak akan
dikenali, tidak akan berjaya di dalam impian dan kehendaknya.
Anak
muda ini mula menulis blog pada Julai 2005 dan memilih topik
perniagaan internet dan juga mengenai keusahawanan. Beliau terus
menulis secara konsisten dan begitu bersungguh-sungguh sekali
sehingga menghasilkan beberapa post yang ditulis berdasarkan
pemikirannya dan juga pembacaan yang dilakukan. Beliau tetap
fokus pada topik pilihannya.
Awal
september 2005, beliau membeli satu domain name dan kini nama
domain itu telah mula dikenali oleh rakyat Malaysia. Daripada
blog free, kemudian beliau telah mempunyai blog rasmi dengan
nama domain dot com sendiri. Terus dan terus menulis. Terus
melakukan beberapa teknik (ada diajar di dalam Pakej Kit
Blogger) secara konsisten dan sabar. Kini, sudah lebih setahun
beliau masih kekal pada penulisan blognya. Sudah ramai yang
mengenalinya.
Siapakah
beliau? Anda cuba teka. Itu tidak penting, tetapi pengajaran di
sini adalah:
Kesabaran
Penulis blog tersebut begitu bersabar di dalam mengekalkan
blognya walaupun apa sahaja badai yang melanda. Blognya sudah
berkali-kali dipecah-masuk (hack), namun beliau tetap sabar. Tak
cukup kawan, lawan juga ada, namun beliau tetap sabar.
Berkat
sifat sabar, hari berganti hari, kita bilangan tulisan beliau di
blognya mencecah ratusan artikel! Antara top ten di enjin carian
bagi keyword tertentu dan dikenali oleh penggiat bidang yang
sama. Sehari selembar benang, akhirnya menjadi kain.
Kesungguhan
Topik yang dipilih untuk blog beliau adalah minatnya dan
cita-citanya. Maka untuk mengekalkan blognya, perlunya
kesungguhan di dalam menguruskan blog tersebut. Beliau begitu
bersungguh-sungguh di dalam mendapatkan ilmu mengenai blogging
samada teknik ataupun teknikalnya. Terus menerus belajar dan
mencari dengan kesungguhan yang tinggi.
Konsisten
Beliau minat apa yang beliau lakukan. Sebab itu blognya tetap
wujud dan dikemaskini secara konsisten. Blognya dibina bukan
semata-mata suka-suka atau sekadar cuba-cuba atau trial and
error. Beliau akan terus konsisten mengekalkan blognya agar
terus berkembang dan berjaya memberikan hasil yang setimpal atas
usahanya!
Tip
5 kali ini amat panjang. Jika anda hayati "cerita" di atas,
seorang anak muda dengan 3K-nya, maka anda akan faham bahawa,
untuk mengekalkan atau mendapatkan blog yang berjaya bukanlah
senang atau kadang-kadang tidaklah sesusah mana jika... Jika ada
kesungguhan, kesabaran dan konsisten.
Saya
tinggalkan anda untuk memikirkan apakah "pengajaran" di
sebalik cerita di dalam tip ke-5 ini.
Ikhlas,
Mohd Zulfadli ( SmartZuL).
www.smartusaha.com
==========================================================================
Untuk mendapatkan blog yang berjaya dan memberikan hasil, Pakej
Kit Blogger dapat membantu anda. Dengan Pelan Tindakan pada kit
tersebut yang tersusun rapi dan disadur dengan teknik yang
efektif, anda akan dapat memiliki sebuah blog yang memberikan
hasil yang memuaskan. Dapatkan segera kit tersebut di http://bloggingsteps.com/kit.
========================================================================== |