|
Tip
7#
'K'
Yang Hilang. Unsur Pelengkap Kepada 3K!
Salam sejahtera, SmartZuL di sini.
Sebelum
ini anda telah diceritakan mengenai seorang anak muda bersama 'teknik' 3K-nya. Namun, beliau kini mendedahkan satu lagi K
yang rata-rata blogger tidak memilikinya! Katanya lagi, K ini
langsung tidak diambil kira di dalam aktiviti 'blogging'
atau membuat duit di internet itu sendiri. Apakah K itu?
Pentingkah unsur K tersebut?
Sebelum
kita menyambung cerita mengenai K yang hilang itu, saya
mengucapkan jutaan terima kasih jika anda membaca kesemua 7 siri
newsletter mengenai blogging dan membuat duit di internet
melalui blog. Siri tips ini tidak akan lengkap tanpa Pakej Kit
Blogger bersamanya.
Baik,
anak muda itu tadi menyatakan bahawa, jika sesiapa sahaja
mempunyai satu unsur K ini dan ditambah lagi dengan K yang lain,
mereka akan tidak ada masalah jika mereka menghadapi kegagalan
di dalam mencuba dan tidak mudah putus asa jika mereka
menghadapi masalah.
Katanya
anak muda itu lagi, unsur K yang hilang itu adalah satu "bahan
bakar" kepada unsur 3K sebelum ini. Dengan 1 K yang itu, maka
sesiapa sahaja akan memiliki Kesabaran, Kesungguhan dan
Konsisten. Baiklah, unsur K itu amat mahal untuk didedahkan di
sini, namun anak muda itu tidak mahu melihat ramai yang
terkungkur. K itu adalah:
KESEDARAN
Pasti
anda (atau tidak) dan mungkin ramai yang menyatakan, "alah, kesedaran
rupanya.. Macamlah aku tak tahu benda tu". Satu sahaja yang
ingin saya soalkan kepada mereka yang berkata begitu, "jika
anda tahu, adakah anda ada kesabaran, kesungguhan dan sifat
konsisten di dalam melakukan sesuatu?". Jika ya, betullah anda
sudah memiliki unsur kesedaran tersebut. Dan jika betul, maka
insyaAllah anda akan memiliki satu blog yang berjaya.
Mengapa
Kesedaran? Orang yang tahu atau sedar apa yang dia lakukan,
tidak cepat putus asa, bersabar di dalam mendapatkan hasil,
bersungguh di dalam usahanya sebab dia sedar apa yang dia
lakukan perlukan kesungguhan. Di sedar dengan sebenar-benar
sedar, jelas di hatinya.
Saya
sengaja meletakkan unsur-unsur dalaman di dalam siri tip ini,
kerana unsur sebegini amat jarang diketengahkan. Kebanyakan
orang hanya menumpu pada teknik zahir sahaja, maka tidak pelik
jika timbul tekanan pada diri sendiri kerana unsur zahir
terlebih berbanding unsur dalaman. Sebab itulah tidak kekal lama
di dalam usaha menjana pendapatan di internet akibat adanya
‘tekanan’ yang membuat diri bertambah keliru, hilang
pertimbangan, cepat putus asa dan buntu.
Ketahuilah,
anda akan mendapat kekuatan di dalam melakukan sesuatu
termasuklah di dalam 'blogging' walaupun ia tampak mudah.
Perkara kecil atau besar, ia mesti dilakukan dengan
sebaik-baiknya kerana hasil yang dimahukan hasil yang baik
bukan? Perkara kecil atau besar, anda mesti lakukan dengan
sebaik-baiknya.
Maka,
utamakan unsur dalaman beserta dengan unsur zahir (teknik
promosi, pemasaran, hal teknikal) dan insyaAllah walau datang
apa sahaja masalah, anda pasti menghadapinya dengan senyuman dan
hati yang tenang. Kerana, anda sedar apa yang anda lakukan.
Kata
akhir bagi tip ini adalah: "Orang yang sedar di dalam
melakukan sesuatu adalah orang yang menggunakan fikirannya
sebaik yang mungkin iaitu akal anugerah Ilahi. Dari kesedaran,
wujud ciri kesabaran, kesungguhan dan konsisten dalam dirinya
KERANA dia sedar apa yang dilakukan memerlukan kesungguhan,
kesabaran dan usaha yang istiqamah (konsisten)".
Jumpa
lagi di emel-emel yang akan datang.
Terima
kasih.
Ikhlas,
Mohd Zulfadli ( SmartZuL).
www.smartusaha.com
==========================================================================
Untuk mendapatkan blog yang berjaya dan memberikan hasil, Pakej
Kit Blogger dapat membantu anda. Dengan Pelan Tindakan pada kit
tersebut yang tersusun rapi dan disadur dengan teknik yang
efektif, anda akan dapat memiliki sebuah blog yang memberikan
hasil yang memuaskan. Dapatkan segera kit tersebut di http://bloggingsteps.com/kit.
========================================================================== |