|
Terma dan Syarat
Pembelian
Berikut adalah
terma dan syarat untuk produk "Video Panduan Upgrade Blog
Wordpress". Dengan setiap pembelian produk ini, secara
automatik anda
terikat sepenuhnya terhadap perkara-perkara tersebut.
Harga Video,
Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Ruang Support Khas
1. Harga tetap
untuk produk ini adalah RM40.00, melainkan jika
pihak kami, bloggingsteps.com, melakukan sebarang promosi atau
potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada
harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah
tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu
dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih
dahulu secara umum atau secara langsung.
2. Harga RM40.00
adalah untuk Video sahaja. Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan
semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga produk ini.
3. Jika kami
dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber
yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja
cara termasuk tindakan undang-undang. Produk ebook ini hanya
boleh diperolehi melalui laman web bloggingsteps.com atau
daripada reseller yang berdaftar sahaja.
4. Video panduan
ini adalah mengenai panduan Upgrade Blog Wordpress. Produk ini tidak sama
sekali mengajar cara berniaga atau buat duit di Internet.
5. Hanya pembeli
yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan
bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.
6. Support yang
diberikan adalah percuma. Namun, ia tertakluk kepada perkara
berkaitan sahaja. Kami tidak menjanjikan support 24 jam kerana
waktu kerja kami ialah dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang
sahaja, Isnin hingga Jumaat. Jadi, segala persoalan perlulah
dihantar pada waktu bekerja untuk kami menjawab pada waktu
tersebut.
Penghantaran Produk
Produk ini adalah
dalam bentuk digital dan ia perlu didownload. Ia bukan melalui CD
iaitu kami tidak akan menghantarnya melalui Pos ke rumah anda,
melainkan jika kami menyatakan penghantaran dalam bentuk CD
(biasanya semasa promosi tertentu).
Tempoh masa
penghantaran adalah di antara 24 hingga 48 jam. Namun biasanya
penghantaran link download dilakukan dalam masa 12-24 jam
sahaja. Bergantung kepada faktor dan keadaan tertentu.
Jaminan
Pulangan Wang
Tiada jaminan wang
dipulangkan untuk produk digital ini.
Penerimaan
Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook
1. Anda (pembeli)
mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan
agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak
bermasalah.
2. Anda sebagai
pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang
pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian.
Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat akan melambatkan
proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download
kepada anda.
3. Link download
ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami
dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak
tegas.
4. Sebarang
masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau
sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami
selesaikan masalah tersebut.
5. Kebiasaannya,
file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli
yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat didownload dengan
sempurna. Maka, ia adalah di luar daripada bidang kuasa kami. Jika ia
berlaku, anda perlu mencuba sehingga dapat atau kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.
- Tamat Terma
& Syarat -
Jika anda
bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli
Pakej Video Panduan Upgrade Wordpress ini.
Jika tidak
bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli
Pakej Video Panduan
Upgrade Wordpress ini ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.
Muka
Depan | Pembelian
|